Monday, December 19

jawapan sepucuk surat


enak aku bersandar,
dicelahan kotak-kotak yang tersusun dibenak pemikiran,
di halaman,
terdengar kokokan si jantan dan derunya si manja,
di bumbung.
menyusun bait-bait kata,
hanya untuk menyelesaikan satu kerisauan,
berdetap-detap dipaluan hati,
kerana merasa titisan tangisan,
setelah puas ku bacakan sepucuk surat,
dari sang mawar.
aku sentiasa tahu,
kau merasakan bahawa aku jawapan dari doa mu,
kau menganggapku satu seruan dalam semangat dirimu,
kau mahukan detik berlalu dengan ada petahan kata ku,
sejarah tuah mengajar aku,
tidak ada sumpah terlaksana,
tanpa ada setia,
tidak ada janji,
jika depannya masa masih lagi diulit misteri.
kala nya,
kau harus sedar,
aku itu bukan aku,
aku itu bukan warna pada kau,
aku hanya perindu biasa,
hanya berpegang pada masa,
tanpa ada pegangan yang dirasa.
aku,
hanya mampu berkata,
ampun tidak aku relakan,
kerana salah yang tidak langsung menjenguk,
dari mawar yang tidak langsung aku lupa.
kerana kita adalah sama.
-muhammad najib bin mohamad supian-



*jumpe ini lam kotak memori*

No comments: